Fungsi Unit

Pejabat RISDA Negeri

    1. Mengurus perlaksanaan program tanam semula mengikut akta, ordinan, skim dan peraturan yang telah ditentukan oleh Pihak Berkuasa dan Pengurusan RISDA.
    2. Mengurus program pemindahan teknologi, khidmat sokongan, sistem komunikasi dan pendidikan kepada pekebun kecil melalui sistem pengembangan yang berkesan.
    3. Menentu dan mengadakan blueprint di peringkat daerah / negeri sebagaimana rumusan Ibu Pejabat.
    4. Merancang, melaksanakan dan menyelaras program peningkatan pendapatan pekebun kecil termasuk aktiviti ekonomi dan aktiviti sosial.
    5. Menentukan segala perangkaan / laporan / penyata projek RISDA dihantar ke Ibu Pejabat pada masa yang ditetapkan.
    6. Menguruskan aktiviti pentadbiran, kakitangan, kewangan, perolehan dan pengurusan harta di peringkat Negeri.

Unit Tanam Semula

    1. Menggalakkan pekebun kecil menanam semula pokok-pokok getah tua dengan pokok getah atau dengan jenis tanaman lain yang mengeluarkan hasil yang tinggi.
    2. Melaksanakan bantuan Tanam Semula / Tanam Baru dan program-program sokongan.
    3. Mematuhi arahan surat-surat Pekeliling dan cara-cara lain semua peraturan mengenai bantuan Tanam Semula / Tanam Baru dan program-program sokongan.
    4. Mengendalikan rekod yang lengkap dan kemaskini berhubung dengan pekebun kecil yang menyertai Tanam Semula / Tanam Baru berkomputer terutamanya melalui Sistem Maklumat Bersepadu Tanam Semula.
    5. Menentukan Tanam Semula / Tanam Baru dijalankan secara paling sistematik dan berkesan.
    6. Menyelaras dengan unit-unit lain termasuk Unit Kewangan, Unit Pengembangan, untuk memastikan peruntukan yang diselaraskan dalam perlaksanaan program Tanam Semula menggunakan peruntukan yang ada.
    7. Mengadakan kerjasama dengan Agensi-Agensi Kerajaan yang lain seperti Pejabat Tanah dan Galian, Pejabat Ukur, FELCRA dan sebagainya.
    8. Mengumpul maklumat pekebun kecil melalui pendaftaran, rekod pemprosesan dan pembayaran bantuan Tanam Semula berkomputer melalui Sistem Maklumat Bersepadu Tanam Semula.

Unit Pengembangan

    1. Menjalankan proses pendidikan secara tidak formal bagi maksud menggalakkan pekebun-pekebun kecil menerima dan mengamalkan sesuatu jenis kegiatan atau teknologi selaras dengan keperluan mereka.
    2. Menangkap dan menapis teknologi-teknologi dari agensi pendidikan yang berkaitan untuk menilai kesesuaian bagi digunakan oleh pekebun-pekebun kecil.
    3. Melaksanakan penggunaan teknologi dalam RISDA dan menyebarkan teknologi berkenaan.
    4. Mengawas, mengamati dan menilai amalan dan keberkesanan teknologi berkaitan bagi maksud pengubahsuaian dan tindakan pembetulan.
    5. Mendidik dan melatih pekebun kecil serta keluarga mereka.
    6. Membangunkan institusi koperasi pekebun kecil ke arah daya maju dan daya saing.
    7. Menjalankan aktiviti sosial dan institusi ke arah meningkatkan kesejahteraan keluarga pekebun kecil.

Unit Bekalan

    1. Mengurus dan menyelaras pembekalan benih (Getah dan Kelapa Sawit) dan lain-lain Input Pertanian.
    2. Mengurus sistem pengangkutan yang teratur dan berkesan bagi memenuhi keperluan logistik pembekalan benih dan input pertanian.

Unit Kejuruteraan

    1. Mengurus dan menyenggara semua hartanah RISDA.
    2. Penyelenggaraan serta baik pulih serta naik taraf bangunan, permis , kuarters, dan stor RISDA di bawah tanggungjawab PRN, PRD, Bahagian dan stesen.

Unit Pembangunan Usahawan

    1. Membantu pekebun kecil menambahkan pendapatan melalui Aktiviti Ekonomi Tambahan(AET), Tanaman, Ternakan dan Ekonomi Desa
    2. Mewujudkan Kelab Usahawan RISDA bagi membentuk satu rangkaian perniagaan di kalangan pekebun kecil
    3. Menyediakan pembiayaan samada secara bantuan atau pinjaman kepada pekebun kecil yang layak melalui Tabung Pembangunan Sosio Ekonomi Pekebun Kecil(TPSEPK) RISDA, Skim Pembiayaan Ekonomi Desa(SPED) dan sumber dari KKLW serta agensi kerajaan lain
    4. Menyediakan peluang-peluang pemasaran produk pekebun kecil melalui rangkaian pemasaran yang diwujudkan oleh RISDA dan syarikat swasta
    5. Mengenalpasti keperluan latihan pekebun kecil yang terlibat dalam bidang ternakan, tanaman dan ekonomi desa
    6. Merancang, melaksana dan memantau setiap program dibawah bidang kuasa bahagian ini

Unit Peningkatan Ekonomi

    1. Merancang pelaksanaan projek.
    2. Menjalankan penyelidikan pasaran serta menyediakan maklumat pasaran.
    3. Menguruskan Tabung Pembangunan Ekonomi Pekebun Kecil.
    4. Melaksanakan projek di peringkat lapangan.
    5. Melaksanakan kursus dan latihan pekebun kecil peserta projek.

Unit Kewangan

    1. Melaksanakan dasar-dasar Kewangan RISDA.
    2. Menyelia dan mentadbir peraturan-peraturan Kewangan RISDA.
    3. Mengawal selia peruntukan Pembangunan dan Mengurus Tahunan.
    4. Menguruskan pembayaran-pembayaran bagi Pejabat RISDA Negeri Pulau Pinang.
    5. Menguruskan Kumpulan Wang Amanah yang diterima daripada Ibu Pejabat RISDA.
    6. Mengurus dan mentadbir pengurusan kewangan am dan perakaunan negeri.

Unit Teknologi Maklumat

    1. Menyediakan perancangan jangka panjang dan jangka pendek program pengkomputeran RISDA yang sejajar dan menyokong perancangan strategik RISDA
    2. Menyediakan kemudahan ICT yang sesuai kepada staf RISDA mengikut perkembangan teknologi semasa
    3. Menyediakan khidmat bantuan teknikal kepada Pusat Tanggunjawab supaya masa gagal(downtime) dapat dikurangkan
    4. Memperakui cadangan pelupusan perkakasan ICT dari Pusat Tanggunjawab
    5. Menyenggara sistem maklumat atau aplikasi bagi memastikan operasi sistem berjalan lancar
    6. Menyediakan perkhidmatan multimedia dan laman web

Unit Program Khas

    1. Melaksanakan program dibawah KKLW bagi tujuan menaikan taraf hidup keluarga miskin tegar dan miskin dikalangan penduduk luar bandar
    2. Menaik taraf kualiti hidup keluarga miskin tegar dan miskin dengan menyediakan tempat kediaan yang lebih bermutu, selamat, sempurna dan selesa melalui Program Bantuan Rumah(PBR)
    3. Melaksanakan kursus kecemerlangan pelajar kepada anak-anak penduduk luar bandar dikalangan miskin dan miskin tegar bagi meningkatkan kecemerlangan akademik dalam peperiksaan PMR, SPM dan STPM melalui Program Kecemerlangan Pelajar (PKP)
    4. Melaksanakan kursus motivasi untum membangunkan minda dan sikap penduduk luar bandar miskin tegar dan miskin dibawah Program Pembangunan Minda Insan (PPMI)
    5. Memberi pendadahan pelajaran, keagamaan dan pemuafakatan di kalangan penduduk luar bandar melalui program Pembangunan Modal Insan Luar Bandar (KPLB)
    6. Menaikan taraf pendapatan dan kehidupan kepada masyarakat luar bandar miskin tegar dan miskin melalui Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya(PLKK)

Unit Pentadbiran

    1. Sebagai Unit yang bertanggungjawab penuh ke atas pengurusan pentadbiran dan kakitangan RISDA Negeri Pulau Pinang.
    2. Menyediakan dasar dan panduan dalam menyempurnakan perlaksanaan program pengurusan RISDA Negeri Pulau Pinang.
    3. Mengambil tindakan pencegahan, pembetulan atau penambahan kepada apa-apa isu atau masalah yang berbangkit dalam perlaksanaan program pembangunan dan pengurusan RISDA Negeri Pulau Pinang.
    4. Merancang, mengurus dan menyelaras perlaksanaan pentadbiran Pejabat RISDA Negeri dan pentadbiran kakitangan RISDA Negeri Pulau Pinang bagi mencapai tahap kecemerlangan.
    5. Mengurus dan menyelaras semua aduan pelanggan dalaman atau luaran RISDA Negeri Pulau Pinang supaya semua isu dapat diselesaikan.
    6. Mengurus dan mentadbir supaya semua sistem sokongan pentadbiran pejabat seperti sistem perolehan, sistem bekalan, sistem kewangan, sistem pengangkutan dan sistem pentadbiran pejabat dan kakitangan berjalan mengikut dasar dan peraturan yang ditetapkan.
    7. Mentadbir, menyelaras, menyelia, membimbing dan melatih pegawai dan kakitangan RISDA Negeri Pulau Pinang bagi mencapai matlamat kecemerlangan RISDA Negeri Pulau Pinang.

Unit Perancangan Strategik

    1. Menilai program Pembangunan Pekebun Kecil.
    2. Membentuk pusat perangkaan data khusus berhubung dengan sektor pekebun getah.
    3. Mendapatkan maklumat memproses dan menganalisis data ekonomi dengan perusahaan getah khususnya kegiatan RISDA.
    4. Menyediakan Laporan Perangkaan serta ringkasan yang diperlukan oleh pihak pengurusan RISDA serta agensi luar yang memerlukan.
    5. Menjalankan kajian impek sosio-ekonomi ke atas program pembangunan yang dijalankan oleh RISDA.