Tanam Semula

Program Tanam Semula

Rancangan Tanam Semula merupakan teras kepada segala aktiviti pembangunan pekebun kecil. Program tanam semula bertujuan untuk membantu pekebun-pekebun kecil menanam semula pokok getah tua yang tidak ekonomik dengan klon-klon yang bermutu tinggi supaya dapat mempertingkatkan pengeluaran sekaligus menambah pendapatan harian mereka.

Di bawah program ini, pekebun kecil diberi bantuan berupa wang tunai dan matabenda seperti benih, baja dan racun kimia, disamping khidmat nasihat oleh pegawai RISDA. Jumlah bantuan yang diberi bergantung kepada jenis tanaman dan keluasan kebun yang ditanam semula. Kadar Bantuan Tanam Semula bagi tanaman getah ialah RM 7,000.00 sehektar, dan untuk Bantuan Tanam Semula bagi tanaman selain daripada getah, kadarnya ialah RM 6,000.00 sehektar bagi 5.0 hektar ke bawah yang dibayar secara ansuran dan RM 2,500.00 sehektar bagi 5.0 hektar ke atas yang dibayar dalam satu ansuran sahaja secara tunai.

Kaedah Pendekatan Tanam Semula

RISDA menetapkan beberapa kaedah pendekatan tanam semula iaitu tanam semula secara berkumpulan dan secara individu yang boleh dipilih oleh pekebun kecil mengikut kesesuaian.

    1. Tanam Semula Berkelompok (TSB)
      • Pekebun kecil bekerjasama dan berpakat menggabungkan kebun-kebun mereka untuk ditanam semula secara berkelompok. Mereka menubuhkan satu Jawatankuasa daripada kalangan mereka sendiri untuk menguruskan penanaman semula kebun-kebun yang terlibat.
    2. Tanam Semula Komersial (TSK)
      • Kebun-kebun getah yang hendak ditanam semula dibangunkan dan ditanam semula secara berkelompok oleh anak syarikat RISDA iaitu RISDA Plantation Sdn. Bhd. (RPSB). Syarikat ini bertindak sebagai agen pengurusan yang dilantik oleh pekebun kecil untuk mengurus kerja penanaman semula dari peringkat pembangunan hingga ke peringkat pengeluaran dan pemasaran hasil.
    3. Tanam Semula Individu (TSI)
      • Bagi kebun yang tidak dapat dikelompokkan, pekebun kecil dibenarkan menanam semula secara individu

Kadar Bantuan Tanam Semula

Berikut adalah jadual bagi pecahan ansuran bantuan tanam semula / baru sehektar bagi getah integrasi (TSGGI) yang diluluskan mulai 01.01.2003 dan seterusnya.

KADAR BANTUAN TANAM SEMULA BAGI TSGGI

 

Berikut adalah jadual bagi pecahan ansuran bantuan tanam semula / baru sehektar bagi Tanaman Semula Getah ke Tanaman Lain (TSGL) 5.0 hektar ke bawah bagi permohonan yang diluluskan mulai 01.01.2007 dan seterusnya.

KADAR BANTUAN TANAM SEMULA BAGI TSGL

 

Keluasan Dan Penggunaan Tanah Pertanian

Jadual di bawah menunjukkan pendaftaran keluasan tanam semula getah yang telah dibahagikan mengikut daerah-daerah di negeri Pulau Pinang dan keluasan dalam hektar bagi TS/TS2/TS3. Daerah tersebut adalah meliputi Seberang Perai Utara (S.P.U), Seberang Perai Tengah (S.P.T), Seberang Perai Selatan (S.P.S), dan Barat Daya/Timur Laut.

PENDAFTARAN KELUASAN TANAM SEMULA GETAH

 

Kelapa sawit masih merupakan jenis tanaman yang menjadi pilihan utama pekebun kecil diikuti tanaman padi, buah-buahan, getah dan seterusnya. Jadual di bawah menunjukkan keluasan tanah pertanian yang digunakan mengikut pecahan jenis tanaman bagi negeri Pulau Pinang pada tahun 2008.

GUNA TANAH PERTANIAN MENGIKUT TANAMAN (HEKTAR)
NEGERI PULAU PINANG