Sejarah RISDA Pulau Pinang
Sejarah Pentadbiran
Pada tahun 1953, sewaktu RISDA masih dikenali sebagai RIDA dahulu, RISDA Negeri Pulau Pinang masih belum wujud dengan pentadbiran dibawah negeri sendiri namun ditadbir dibawah naungan Pejabat RISDA Negeri Kedah sebagai Pejabat Daerah walaupun lokasi pejabatnya bertempat di Butterworth, Pulau Pinang. Kawasan Tanam Semula dibawah Pusat Tanggungjawab (PT) Pulau Pinang ketika itu adalah meliputi lima (5) kawasan iaitu Bandar Baru/Serdang, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan, Seberang Perai Utara dan Balik Pulau/Barat Daya/Timur.
Pada tahun 1973, RISDA atau pun singkatan bagi Rubber Industry Smallholder Development Authority (Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah) ditubuhkan secara rasmi oleh Y.A.B Tun Hj. Abd. Razak Bin Datuk Hussein, Perdana Menteri Malaysia ke-2. Sewaktu dengan itu, Pejabat RISDA Negeri Pulau Pinang telah ditubuhkan dan pentadbirannya adalah dibawah negeri sendiri dan bukan lagi dibawah naungan Pejabat RISDA Negeri Kedah. Kawasan Tanam Semula dibawah Pusat Tanggungjawab Pulau Pinang ketika itu adalah meliputi daerah dalam negeri Pulau Pinang sahaja iaitu Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan, Seberang Perai Utara dan Balik Pulau/Barat Daya/Timur Laut.
Namun pada tahun 1998, Pejabat RISDA Negeri Pulau Pinang tersebut ditutup dan kemudian ditukar menjadi Stesen dibawah Pusat RISDA Daerah Kulim, Kedah, sekali lagi dibawah naungan pentadbiran Kedah. Lokasi Stesen tersebut masih bertempat di Butterworth, Pulau Pinang. Kakitangan ketika itu adalah sekitar seramai 20 orang. Pada tanggal 1 Januari 2004, tarikh bersejarah yang mencatatkan pembukaan semula Pejabat RISDA Negeri Pulau Pinang di lokasi yang sama dan kakitangan ketika itu adalah sekitar seramai 30 orang. Tn. Hj. Adnan Bin Ahmad dipertanggungjawabkan memegang jawatan selaku Pengarah RISDA Negeri Pulau Pinang sejurus pembukaan semula, kemudian telah ditukarkan ke Unit Bahagian Perancangan di Ibu Pejabat RISDA, K.L pada Oktober 2005.
Jawatan Pengarah RISDA Negeri (PRN) tersebut telah digantikan oleh En. Awiskarni Bin Zulkarnaini yang telah dinaikkan pangkat dari seorang Pegawai RISDA Daerah (PRD) Larut Matang, Perak. Kini, kakitangan yang bertugas telah meningkat kepada seramai 44 orang dan telah mempunyai dua stesen di Seberang Perai Utara (S.P.U) yang bertempat di bangunan Pejabat RISDA Negeri Pulau Pinang sendiri dan Seberang Perai Selatan (S.P.S) di daerah Jawi.
Kronologi Lengkap
Berikut adalah kronologi lengkap yang telah disusun mengikut turutan dari susunan Tahun dan Peristiwa yang meliputi Nama Organisasi, Lokasi Pejabat dan Sejarah Pentadbiran mengenai Pejabat RISDA Negeri Pulau Pinang.
NAMA ORGANISASI

LOKASI PEJABAT

SEJARAH PENTADBIRAN

