Program Peningkatan Produktiviti Getah (PPG)

Syarat Kelayakan

    1. Pemilik kebun getah bertoreh luas lebih daripada 4 hektar.
    2. Keutamaan diberikan kepada peserta Pemantauan Produktiviti.
    3. Komponen diperlukan:
      • Baja
      • Kimia rumpai
      • Penggalak susu (Etefon)
      • Alatan rangsangan gas
      • Alatan torehan
    4. Nilai bantuan maksima yang diberikan adalah RM 1,000 per hektar.

Pengesyoran Penggunaan

Racun Rumpai

PENGESYORAN RACUN RUMPAI

Nota:

    1. Kadar penggunaan kepada jenis rumpai, naungan dan ketebalan rumpai.
    2. Ally perlu dicampur dengan racun lain atau lain-lain pembasuh (surfactant).
    3. Garlon 250 dan Starene 200 boleh cederakan getah muda.

Penggalak Susu (Etefon)

PENGESYORAN ETEFON BAGI SISTEM TOREHAN KEKERAPAN RENDAH

Nota:

    1. Guna Etefon 1.5% bagi klon-klon baru berhasil tinggi seperti PB 260, PB 235, Siri RRIM 900 dan Siri PB 300.
    2. Guna Etefon 2.5% bagi klon-klon lama seperti RRIM 600, PB 217 dan GTI.

PENGESYORAN ETEFON BAGI SISTEM TOREHAN KEKERAPAN RENDAH

 

Kaedah Penggunaan Etefon

    1. Sapu sama rata keatas alur torehan dan panel torehan (d/3, d/4): serta pada kulit berkikis (d/6).
    2. Kadar 0.5g hingga 0.75g sepokok pada panel BO-1 dan BO-2 dan 0.75g hingga 1.0g sepokok pada panel BI-1 dan BI-2.
    3. Botol 500ml boleh disapu di antara 500 ke 750 pokok bergantung kepada sistem exploitasi dan panjang alur torehan.
    4. Sapu pada hari yang tidak ditoreh serta cuaca baik.
    5. Kesan antara 4 hingga 6 kali torehan selepas tiap kali disapu untuk d/2-d/4 dan 2 hingga 3 kali torehan untuk d/6.
    6. Sapu semula etefon jika hujan turun dalam tempoh 6 jam selepas penyapuan pertama dibuat.
    7. Pastikan supaya lot-lot yang dirangsang tidak melebihi kekerapan torehan seperti disyorkan.