Kelab 2000 dan 30

Penubuhan Kelab 2,000 kg/ha/tahun untuk getah dan 30 mt/ha/tahun untuk sawit ini telah diluluskan dalam Mesyuarat Pengurusan RISDA Kali ke 4 pada 31 Januari 2007.

Tujuan Penubuhan Kelab

    1. Menimbulkan semangat dikalangan pekebun kecil getah dan sawit agar dapat meningkatkan produktiviti kebun mereka supaya pengeluarannya mencapai sekurang-kurangnya 2,000 kg/ha/tahun untuk getah dan 30 mt/ha/tahun untuk sawit.
    2. Memberi kesedaran kepada pekebun kecil bahawa dengan peningkatan hasil keluaran juga akan dapat meningkatkan pendapatan.
    3. Memastikan pengeluaran hasil getah negara mencapai paras sekurang-kurangnya 1.10 juta metrik tan setahun sepanjang Rancangan Malaysia ke Sembilan.
    4. Memastikan getah masih menjadi salah satu penyumbang utama kepada ekonomi negara.

Proses Permohonan Dan Syarat Keahlian

    1. Keahlian kelab adalah terbuka kepada semua pekebun kecil getah dan sawit di seluruh negara. Semua pekebun kecil yang mencapai pengeluaran hasil ladang pada paras 2,000 kg/ha/tahun untuk getah dan 30 ma/ha/tahun untuk sawit adalah layak untuk menjadi ahli kelab.
    2. Mereka yang ingin menjadi ahli kelab dikehendaki membuat permohonan dengan mengisikan borang yang disediakan iaitu Borang Keahlian Kelab 2,000 dan 30. Borang permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan sama ada ke Pejabat RISDA Negeri atau Pejabat RISDA Daerah/Jajahan yang berhampiran. Pekebun kecil perlu diberi penjelasan mengenai syarat dan ketetapan yang telah ditentukan untuk menjadi ahli kelab.
    3. Permohonan tersebut perlu disemak dan disahkan oleh Pengarah RISDA Negeri atau Pegawai RISDA Daerah/Jajahan. Kelulusan hanya akan dibuat setelah Pengarah RISDA Negeri atau Pegawai RISDA Daerah/Jajahan berpuashati dan mengesahkan melalui pemantauan 3:3:1:3 dalam tempoh satu (1) tahun bahawa pengeluaran hasil mencapai tahap yang ditetapkan.
    4. Pekebun kecil yang berjaya akan diberi kad keahlian untuk tempoh selama satu tahun. Kad keahlian hanya akan dikeluarkan oleh Bahagian Pengembangan Dan Kesejahteraan Rakyat. Keahlian boleh disambung dari setahun ke setahun setelah didapati penghasilan kebun mencapai tahap yang ditetapkan.
    5. Keahlian seseorang pekebun kecil akan gugur jika penghasilan kebun yang didaftarkan didapati tidak stabil (inconsistence) dan kurang daripada jumlah yang telah ditentukan untuk tahun berkenaan. Walau bagaimanapun, seseorang pekebun kecil yang telah gugur dan ingin menjadi ahli kelab semula dikehendaki membuat permohonan yang baru dan prosesnya adalah sama seperti yang telah dinyatakan di atas.

Insentif Diberikan Kepada Ahli Kelab

Sebagai tanda penghargaan kepada pekebun kecil yang telah menjadi ahli kelab, Pengurusan RISDA telah bersetuju untuk memberi beberapa insentif dalam bentuk:

    1. Lawatan ke tempat-tempat yang bermanfaat sama ada dalam atau luar negara (bergantung kepada keputusan pihak Pengurusan RISDA).
    2. Memberi keutamaan kepada ahli kelab untuk menghadiri seminar, kursus atau latihan teknikal terpilih.
    3. Memberi keutamaan kepada ahli kelab untuk membeli benih-benih tanaman baru yang disediakan oleh RISDA.
    4. Memberi peluang kepada ahli untuk menerima anugerah sebagai pekebun kecil dan ahli kelab terbaik.
    5. Menjadi penasihat atau penceramah kepada pekebun kecil lain dalam kursus-kursus in-situ.
    6. Memberi kemudahan kepada ahli yang berminat untuk mengadakan R&D di mana-mana kebun yang mereka miliki.
    7. Memberi keutamaan kepada ahli untuk menerima apa-apa bantuan yang disediakan oleh RISDA.
    8. Mewar-warkan akan kejayaan mereka dalam media RISDA seperti Suara RISDA, Kisah Kejayaan atau dalam laman web RISDA.

Senarai Nama Ahli Kelab 2000 Dan 30

SENARAI AHLI KELAB 2000 KG GETAH
SETAKAT JUN 2011

 

SENARAI AHLI KELAB 30 METRIK TAN SAWIT
SETAKAT JUN 2011

 

Muat Turun Borang Keahlian Kelab 2,000 dan 30

Anda memerlukan perisian Adobe Acrobat Reader untuk melihat kandungan.
Klik pada logo Adobe Reader untuk mendapatkannya sekarang.

Klik disini untuk download Adobe Acrobat Reader

 

Klik di sini untuk muat turun Borang Keahlian Kelab 2,000 dan 30

 

Kembali ke Tajuk