PERUTUSAN
KETUA PENGARAH RISDA



Bismillahir-Rahmannir-Rahim,
Selawat dan Salam Ke Atas Nabi Muhammad SAW,
Assalamualaikum warahmatullahi-wabarakatuh dan Salam Sejahtera.


Saya ingin mengucapkan Selamat Datang dan terima kasih kerana melayari laman web ‘Accountability Index Monitoring System’(AIMS).

Alhamdullilah saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan inayat dan izinNya serta berkat usaha Bahagian Inspektorat dan Audit Dalam (BIAD) dengan kerjasama Bahagian Teknologi Maklumat (BTM) dan Bahagian Audit Dalam dan Siasatan Am (BADSA), Kementerian Pertahanan telah berjaya membangunkan Sistem Auditan Indek Akauntabiliti Pengurusan Kewangan Pusat Tanggungjawab RISDA melalui kaedah G2G yang di panggil ‘Accountability Index Monitoring System’(AIMS).

Kewujudan sistem ini menunjukkan komitmen pihak pengurusan untuk mencapai matlamat dan perlaksanaan Jabatan Audit Negara yang telah memperkenalkan sistem rating dalam menilai prestasi pengurusan kewangan Pusat Tanggungjawab (PT). Justeru saya berharap  dengan perlaksanaan AIMS RISDA ini, PT dapat melaksanakan pengauditan secara ‘self-assesment’ dan penambahbaikan dapat dilaksanakan dengan pantas seterusnya meningkatkan akauntabiliti Pengurusan Kewangan Pusat Tanggungjawab.

Komitmen yang jitu dari semua pihak memastikan RISDA mengekalkan pencapaian Sijil Bersih Penyata Kewangan RISDA dan mendapatkan 5 star rating bagi indeks akauntabiliti pengurusan kewangan pada masa akan datang.

Sekian, terima kasih.

YBHG. ENCIK ZAINAL AZNI BIN ZULKIFLI
Ketua Pengarah
RISDA

PENGARAH BAHAGIAN INSPEKTORAT & AUDIT DALAM



BISMILLAHHIRAHMANNIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

Selamat datang dan terima kasih kepada Pengguna AIMS yang dikasihi. Sejajar dalam meningkatkan akauntabiliti, ketelusan dan integriti Pusat Tanggungjawab, Bahagian Inspektorat dan Audit Dalam (BIAD) dengan kerjasama Bahagian Teknologi Maklumat (BTM) melalui kaedah G2G sistem AIMS dari Bahagian Audit Dalam dan Siasatan Am (BADSA), Kementerian Pertahanan maka sistem ‘Accountability Index Monitoring System’( AIMS) RISDA dibangunkan.

AIMS merupakan sistem ‘self-assesmentaudit yang memerlukan Pusat Tangungjawab menyemak segala tugasan yang berkaitan pengurusan kewangan mereka. Matlamat AIMS adalah meningkatkan awareness dalam pengurusan kewangan selain memastikan Pusat Tanggungjawab mematuhi undang-undang dan peraturan semasa termasuk perlaksanaan kawalan dalaman. Selaras dengan fungsi dan peranan BIAD untuk memastikan pengauditan lebih berkualiti dan tahap prestasi Pusat Tanggungjawab berada di tahap yang cemerlang sepanjang masa.

Saya juga mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam pembangunan sistem ini di RISDA. Saya percaya perlaksanaan sistem ini akan dapat meningkatkan akauntabiliti Pengurusan Kewangan Pusat Tanggungjawab secara berterusan.

Sekian, terima kasih

NOR ISMAHANI BINTI MOHD ISHAK
Pengarah
Bahagian Inspektorat & Audit Dalam
RISDA