LATAR BELAKANG |
|
AIMS adalah Singkatan bagi ‘Accountability Index Monitoring System’. Sistem ini berasaskan web yang digunakan untuk melaksanakan pengauditan pengurusan kewangan PT secar online. Sistem yang dibangunkan oleh BADSA menggunakan konsep lsquo;self-assesment’. Melalui kaedah "G2G", sistem ini kemudian digunapakai oleh RISDA dalam memudahkan proses auditan Bahagian Inspektorat dan Audit Dalam (BIAD) dalam menilai prestasi pengurusan kewangan Pusat Tanggungjawab (PT). Tujuan pelaksanaan AIMS adalah untuk meningkatkan kesedaran kepada Pusat Tanggungjawab (PT) untuk mengesahkan semula kerja-kerja yang telah dilaksanakan oleh mereka melalui soalan AIMS yang disediakan. Proses ini memberi ruang kepada PT untuk melaksanakan pengauditan sendiri secara dalaman yang menjadikan mereka lebih bertanggungjawab dan meningkatkan komitmen terhadap tugasan yang dilaksanakan. Tahap integriti yang tinggi amat diperlukan bagi menjamin keberkesanan pelaksanaan AIMS. |