FAQ AIMS |
|
BIL |
PERTANYAAN |
1 |
Apakah Accountability Index Monitoring System (AIMS)? Satu sistem yang dibangunkan oleh BADSA untuk menilai prestasi pengurusan kewangan PTJ menggunakan konsep self assessment.Melalui kaedah "G2G", Sistem ini kemudian digunapakai oleh RISDA di dalam memudahkan proses auditan kepada Pusat Tanggungjawab (PT). |
2 |
Siapakah yang perlu menggunakan sistem ini? Semua Pusat Tanggungjawab (PT) di bawah RISDA. |
3 |
Siapakah yang akan diberikan ID untuk sistem AIMS? Seorang Pengurus PT sebagai pengesah dan sekurang-kurangnya seorang pegawai/ kakitangan sebagai penyedia bagi setiap PT. |
4 |
Bagaimana mendapatkan ID dan kata laluan untuk log masuk sistem AIMS? PT perlu menyediakan surat penurunan kuasa bagi Penyedia dan Pengesah AIMS dan emailkan kepada aims.admin@risda.gov.my. ID dan Kata Laluan akan diberikan kepada pihak PT melalui email setelah selesai proses mewujudkan akaun pengguna. |
5 |
Berapa lama tempoh menjawab yang diberikan kepada PT? Tempoh menjawab soalan AIMS adalah seperti tertera di dalam surat pelaksanaan. |
6 |
Siapakah yang boleh dihubungi sekiranya terdapat sebarang masalah/pertanyaan atau cadangan berhubung AIMS? Pengguna boleh menghubungi Urus Setia AIMS di Bahagian Inspektorat dan Audit Dalam atau melalui emel kepada aims.admin@risda.gov.my untuk sebarang aduan, cadangan dan maklum balas. |