[Kembali ke muka hadapan]

Anak-Anak Syarikat

RSPSB ZON TIMUR

RSPSB merupakan anak syarikat milik RISDA yang paling besar dan memainkan banyak peranan. Terdapat beberapa cawangan RSPSB mengikut peranan masing-masing antaranya ialah RSPSB Cawangan Ladang menjalankan projek pengestetan dan ekar, TSGGI, penorehan, penghasilan, pendapatan syarikat. RSPSB Cawangan Pemasaran memastikan peningkatan pembelian produk. RSPSB Cawangan Niagatani menjalankan Projek Ternakan ikan Talapia, Projek Ternakan ikan Siakap, Kilang Proses ikan Seberang Takir. RSPSB Cawangan Khidmat Kontrak menguruskan perolehan dan peningkatan bisnes.

RISDA FLEET SND. BHD

RISDA FEET snd. bhd. (RFSB) adalah sebuat Anak Syarikat RISDA yang baru ditubuhkan dan akan mula operasinya pada tahun 2003 ini. RFSB ditubuhkan diatas kesederan Pihak Pengurusan RISDA untuk mencantumkan 2 syarikat yang menjalankan aktiviti yang sama dengan harapan untuk menambah synergy dalam bidang pengangkutan. Aktiviti utama yang dijalankan ialah perkhidmatan lori rigid, Perkhidmatan lori kargo, perkhidmatan lori tangki (MSM), perkhidmatan bengkel (pembaikan dan tayar) dan perkhidmatan shipping & fowarding. Aktiviti perkhidmatan lori rigid dan lori kargo dipusatkan di Depoh Kuala Terengganu dan perkhidmatan lori tangki dan bengkel dipusatkan di Depoh Durian Mas. Aktiviti shipping & fowarding di Pasir Gudang dijalankan secara bersama dengan RFSB Cawangan Johor.

RISDA WOOD SDN. BHD. CAWANGAN TERENGGANU

RISDA Wood (RWSB) adalah sebuah anak syarikat milik RISDA yang dipertanggungjawabkan menceburi bidang perindustrian yang berasaskan kayu, khususnya kayu getah. RWSB Cawangan Terengganu mempunyai 4 orang kakitangan yang terdiri daripada 1 orang pengurus, 2 orang Eksekutif Pemasaran Kayu Getah dan 1 orang Kerani.

RSSB (RISDA SEMAIAN DAN LANDSKAP SDN.BHD)

RISDA Semaian dan Landskap Sdn. Bhd adalah anak syarikat RISDA yang bertanggungjawab mencari keuntungan, mengeluarkan benih sawit dan getah yang bermutu tinggi, meningkatkan hasil pengeluaran ladang seperti skrap dan BTB dan memajukan pusat jualan