main page
corporate
profile
statistics
programme
bulletin
publishing
calendar
organisation
network
web map
gallery
contact us
PRODUK
PENGELUAR TERNAKAN

 

lembu, kerbau

kambing kacukan, kampung, jamnapari

ayam kampung

PENGELUAR TANAMAN

 

pisang, betik, nenas, tebu, labu, jagung, limau nipis

kacang panjang, cili, jagung

serai, kopi, pokok palma

 

INDUSTRI DESA

kuih tradisional, sos cili, frozen food

bunga daun getah, jahitan

 
 

PENGELUAR AKUAKULTUR

 

talapia, udang galah

 

Dikemaskini pada:
1 JULAI 2007
 

 

Bersama Berusaha Menuju Kegemilangan

Objektif RISDA :“Pekebun Kecil Memperoleh Pendapatan Sekurang-kurangnya RM 2,000 Sebulan Sekeluarga Menjelang Tahun 2010”
PERKHIDMATAN TERKINI

e-TS

PENGELUAR MAKANAN

PAUTAN
 
more hyperlinks

DARI MEJA PENGARAH

PEJABAT PENGARAH RISDA NEGERI BERPINDAH

KE PEJABAT BARU

Mulai 1 Februari 2007, Pejabat Pengarah RISDA Negeri Perak dengan rasminya berpindah ke ke lokasi pejabat baru beralamat di Lot 189716 ,Jalan Sultan Azlan Shah Utara,31400. Ipoh. Pejabat yang baru ini terletak bersebelahan dengan Pejabat Lembaga Getah Malaysia Wilayah Utara. Lain-lain Pejabat yang berada di lokasi ini ialah Pejabat FELCRA Negeri Perak dan Jabatan Perkhidmatan Haiwan.

Operasi perpindahan telah bermula pada bulan Disember 2006 yang lepas lagi secara berperingkat. Kerja-kerja memasukkan fail dan dokumen yang tidak aktif ke dalam kotak merupakan peringkat perpindahan yang pertama hinggalah ke operasi perpindahan peralatan pejabat.


Walaupun kerja-kerja perpindahan ini sungguh memenatkan namun ianya amat menyeronokan di mana semua staf dapat melakukan kerja-kerja perpindahan dengan meriah sekali. Maklumlah dapat Pejabat Baru yang baru, cantik dan tersergam indah.


Disamping itu juga Majlis Bacaan Doa Selamat juga diadakan sebelum operasi perpindahan ini bermula. Pengarah RISDA Negeri Perak menyeru kepada semua lapisan pegawai dan kakitangan agar dapat meneruskan semula kerja-kerja rasmi di Pejabat Baru dengan lebih bersemangat serta meningkatkan tahap mutu kerja bagi tahun 2007 ini

 

Sumber : Buletin RISDA Negeri

KURSUS FORMAL MEMBERI KESEDARAN KEPADA
PEKEBUN KECIL MENGENAI AMALAN TEKNOLOGI

Pada 15, 26 dan 27 Februari 2007, Kursus Formal berkaitan teknikal tanaman telah dijalankan di stesen Batu Kurau, Stesen Ijok dan Stesen Selama. Teknik Penyenggaraan ladang, kawalan rumpai, kawalan penyakit menjadi tajuk utama dalam penyampaian kursus ini. Majlis dialog diadakan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pekebun kecil.

Peserta kursus dibawa melawat ke kebun contoh untuk menunjukan amalan teknologi yang diamalkan di ladang yang berhampiran.
Kursus Formal teknikal akan diadakan 2 kali sebulan mengikut tajuk dan keperluan pekebun kecil dipersekitaran. Semoga kursus ini dapat meningkat kejayaan pekebun kecil dalam urusan pembangunan ladang disamping meningkat hasil dan pendapatan pekebun kecil.

 

Sumber : RISDA Negeri

DI MANA GETAH BERMULA?

Pokok getah tertua di Semenanjung Malaysia

Industri getah di negara ini bermula dengan 9 biji getah yang ditanam di Residency Kuala Kangsar, Perak pada tahun 1877.

Tanaman ini berasal dari Lembah Amazon di Amerika Selatan. Kesesuaian iklim, tanah dan cuaca serta kemampuan memberi pulangan yang baik menyebabkan getah menjadi popular di kalangan rakyat luar bandar.

 

Perkembangan getah

KURSUS KAWALAN MUSUH ULAT BUNGKUS DIKEBUN SAWIT MELALUI KAEDAH BIOLOGI

Kg Jeram Mengkuang,Bidor  

Seramai 20 orang pekebun kecil Sawit telah diberi penerangan tentang teknik mengawal ulat bungkus yang sering menyerang kebun-kebun sawit samada milik pekebun kecil dan juga estet. Kursus ini telah diadakan pada 30 Januari 2007 .
Turut hadir ialah Pegawai RISDA Daerah, Tn Hj Ahmad Sapawi b Abu ,Pengurus RSSB Changkat Sulaiman En, Shanmugam Ghanapathy berserta pegawai-pegawai luar RISDA Stesen Bidor.

Menurut PRD. Tapah semua pekebun kecil sawit perlu menyedari tentang bahayanya serangan ulat bungkus terhadap kebun-kebun sawit muda dan tegas beliau lagi bahawa pengetahun mengenai teknik mengatasi masalah serangan ulat ini perlu dibuat melalui Kursus formal ini kepada semua pekebun kecil sawit khususnya daerah Tapah

Menurut PRD. Tapah salah satu kaedah efektif yang ada di amalkan oleh beberapa Penyelidik ialah dengan menanam kekacang jenis tunera, Cassia, Antigonen dan Mucona dikebun masing-masing. Katanya lagi, melalui kaedah biologi ini maka bunga daripada tanaman ini akan menarik lebah lebah di sekitar kawasan untuk menyunting pupa ulat bungkus. Melalui kaedah ini maka kawalan untuk mengurangkan populasi ulat bungkus ini dapat dikurangkan.

Sumber: Buletin RISDA Perak

  Kisah Kejayaan     Menuju Kejayaan
   
EN. PUTIH BAHARIN B ISHAK
PRD : KUALA KANGSAR / KINTA  
PN. NOREHA BT RAMLI
PRD : HULU PERAK
STESEN: SUNGAI SIPUT   STESEN : GERIK
  EN. PUTIH BAHARIN B ISHAK*     PN. NOREHA BT RAMLI**
  'Genggam bara api biar sampai jadi arang',     Kecekalan untuk terus maju telah menjadikan
  begitulah kentalnya semangat En. Putih     beliau seorang pengusaha tauhu yang mampu
  untuk memastikan projek ternakan kambing     mengeluarkan antara 15,000 ke 18,000 keping
  yang diusahakannya bermula tahun 2000     tauhu sebulan.
 
more success story
berjaya. Kini beliau mampu menjual 5 ekor    
more success stories
 
  kambing sebulan.    
   
PRD : LARUT MATANG DAN SELAMA  
EN. SHAHRIL B SHAPAWI
PRD : KUALA KANGSAR / KINTA
STESEN : SELAMA   STESEN : SUNGAI SIPUT
PN. SATARIAH BT ABAS*   EN. SHAHRIL B SHAPAWI**
 

Beliau merupakan pengusaha yang gigih

    Kemahiran dalam seni mencanting batik tidak
 
mengusahakan projek makanan dan kuih
    dipersiakan oleh En. Shahril apabila beliau
 
tradisional sehingga meningkatkan kapasiti
    mengorak langkah memulakan projek batik
  pengeluaran kepada 2,000 peket sebulan.     canting pada tahun 1996. Kini beliau mampu
 
more success stories
     
more success stories
mengeluarkan 15 pasang batik canting sebulan.
             
* Pendapatan peserta mencapai sasaran RM 2000 sebulan.
  ** Pendapatan peserta dalam proses sasaran RM 2000 sebulan.

Hak Cipta Terpelihara. Risda Perak 2007 ©