PROFIL
  SEJARAH RISDA

PERKEMBANGAN LPGTS/RISDA DAN INDUSTRI GETAH NEGARA

1. Industri getah di negara ini bermula dengan 9 biji getah yang ditanam di Residency Kuala Kangsar, Perak pada tahun 1877. Tanaman ini berasal dari Lembah Amazon di Amerika Selatan. Kesesuaian iklim, tanah dan cuaca serta kemampuan memberi pulangan yang baik menyebabkan getah menjadi popular di kalangan rakyat luar bandar.

2. Perkembangan LPGTS dan RISDA serta industri getah negara boleh dibahagikan kepada empat (4) fasa pembangunan selari dengan dasar-dasar negara seperti berikut :- Fasa I (1952 1972) - Pra Dasar Ekonomi Baru. Fasa II (1973 1990) - Dasar Ekonomi Baru. Fasa III (1991 2000) - Dasar Pembangunan Nasional Fasa IV (2001 2010) - Dasar Wawasan Negara. Fasa I : 1952 1972 (Pra DEB) Pemesatan Penanaman Semula

3. Pada zaman sebelum kemerdekaan, masalah besar yang dihadapi oleh industri getah negara ialah tahap produktiviti yang rendah dan masalah pokok getah yang tua dan tidak ekonomik. Proses menggantikan pokok-pokok getah tua dengan klon-klon baru mengambil masa yang panjang serta melibatkan kos yang tinggi. Bagi menangani masalah ini, Kerajaan telah meluluskan Ordinan Kumpulan Wang Perusahaan Getah (Penanaman Semula) 1952 yang mewujudkan prosedur pengutipan ses pada kadar 9.92 sen/kg getah dan penubuhan Lembaga Perusahaan Getah Tanam Semula (LPGTS) bagi mentadbir Tabung Wang Ses bagi maksud melaksanakan Rancangan Tanam Semula.

4. Prioriti utama LPGTS adalah menanam semula getah, meningkatkan pengeluaran kerana getah menjadi sumber pendapatan eksport utama negara, membantu supaya pendapatan pekebun kecil tidak terjejas oleh kejatuhan harga dan industri getah negara mampu bersaing dengan getah tiruan. Selaras dengan itu, LPGTS memastikan pokok getah ditanam semula secara sistematik, kawasan baru dimajukan dan getah bermutu dihasilkan. Slogan yang digunakan ialah Replant Or Die. Fasa II : 1973 1990 (DEB) Pembangunan Dan Pemodenan Sektor Pekebun Kecil

5. Dalam tahun 1972, Kerajaan telah menilai semula kedudukan sektor pekebun kecil dan mendapati walaupun program tanam semula telah berjaya, pekebun kecil masih dibelenggu kemiskinan dan Ordinan 1952 tidak mampu memenuhi keperluan semasa. Satu akta baru yang dinamakan Akta RISDA, Bilangan 85 Tahun 1972 telah diluluskan yang mewujudkan RISDA pada 1 Januari 1973. Penubuhan RISDA mengubah perhatian pembangunan daripada Rancangan Tanam Semula semata-mata kepada pembangunan menyeluruh mengikut konsep The Man Behind The Tree.

6. Disamping Rancangan Tanam Semula, RISDA memperkenalkan program-program pembangunan ekonomi, pembangunan insan, pembangunan institusi, pendidikan dan sebagainya. Secara khususnya, program dan pendekatan yang dilaksanakan termasuklah :-

i. Tanam Semula Berkumpulan (TSB/ME/TSS)

ii. Pusat Memproses Getah Berkelompok (PMGB).

iii. Pusat Pembangunan Pekebun Kecil (PPPK).

iv. Perkumpulan Wanita Pekebun Kecil (PWPK).

v. Koperasi Pekebun Kecil (KPK).

vi. Skim Pemberian Kredit.

vii. Projek Pertanian Bersepadu.

viii. Projek Pembangunan Prasarana.

ix. Aktiviti Pemasaran Getah

x. Program pendidikan seperti Tabika, Asrama dan biasiswa.

7. Sebahagian besar dari getah dihasilkan dalam bentuk getah keping dan RISDA membantu meningkatkan mutu melalui PMGB/PPPK disamping menggalakkan aktiviti-aktiviti ekonomi dan sosial di kalangan masyarakat pekebun kecil. Fasa III : 1991 2000 (DPN) Penerusan Pemodenan Sektor Pekebun Kecil Dan Persediaan Sara Diri

8. Selaras dengan dasar-dasar Kerajaan seperti penyusunan semula agensi, rightsizing, pengkorporatan dan penswastaan, RISDA meneruskan program tanam semula dan penyelenggaraan kebun melalui pendekatan Program Pengurusan Semula Kebun Getah (PKG) dan Tanam Semula Komersial (TSK) oleh anak syarikatnya, RSPSB. Latex Timber Clones (LTC) mula dibekalkan kepada peserta tanam semula supaya pekebun kecil boleh memperoleh dua sumber pendapatan iaitu dari lateks dan kayu balak.

9. Dalam tempoh ini, semakin ramai pekebun kecil mula beralih kepada tanaman sawit kerana pulangan yang lebih lumayan disamping harga getah yang tidak menentu. Oleh kerana kekurangan tenaga pekerja, kebanyakan pekebun kecil tidak lagi menghasilkan lateks dan getah keping, tetapi mengeluarkan getah buku. Usaha berterusan dilakukan bagi meningkatkan pendapatan pekebun kecil melalui pengenalan teknologi Low Intensity Tapping System (LITS) tetapi kurang mendapat sambutan kerana memerlukan kos permulaan yang tinggi. 15. Selaras dengan Falsafah dan Strategi Baru Pembangunan Luar Bandar, RISDA turut melaksanakan program-program pembangunan luar bandar seperti PPRT, GDW dan sebagainya. Fasa IV : 2001 2010 (DWN) Pengkomersialan Dan Pempelbagaian Aktiviti Pekebun Kecil

10. RISDA telah membentuk wawasan, misi dan objektif yang baru dengan memfokuskan kepada aktiviti pembangunan yang boleh menjamin supaya penanaman getah terus viable melalui pengkomersialan penanaman semula dan aktiviti-aktiviti ekonomi.

11. Dasar Kerajaan dalam RMKe-8 yang menetapkan getah sebagai tanaman strategik disokong melalui peningkatan kadar bantuan tanam semula, pengenalan zon getah dan sebagainya telah membantu menstabilkan pencapaian Tanam Semula Getah ke Getah lebih kurang 20,000 hektar setahun.

 

Hak Cipta Terpelihara. Risda Perak 2006 ©