BERITA DARI PEJABAT RISDA NEGERI PAHANG

TAHNIAH

Seluruh Warga Kerja RISDA Pahang Mengucapkan Setinggi-tinggi Tahniah Kepada Tuan Haji Abdul Rahman b. Ali, Timbalan Ketua Pengarah RISDA (Operasi) Diatas Penganugerahan Darjah Kebesaran DIMP (Darjah Indera Mahkota Pahang) Yang Membawa Gelaran Dato’ dan Kepada Encik Ramli b. Mohd Kassim, Pengarah RISDA Negeri Pahang Diatas Penganugerahan SMP (Setia Mahkota Pahang) Daripada DYMM Sultan Pahang Sempena Hari Keputeraan Baginda Yang Ke 73. Istiadat Pengurniaan Pingat Disempurnakan pada 27 Disember 2003 di Balai Rong Seri, Istana Sultan Abu Bakar, Pekan, Pahang.

 

Tahniah Diucapkan Kepada Anggota-Anggota RISDA Pahang Yang Telah Dikurniakan Pingat Pada Tahun Ini (Penganugerahan 2002)

NAMA
PRD
PINGAT
Rahmah bt. Ahmad
Temerloh
PJK
Hj. Mohamed Koya b. Moideen Kutty.
Temerloh
PJK
Siti Rosly bt. Sheikh Hussin..
Jerantut
PJK

 

Sempena kehangatan Hari Lebaran yang masih terasa, Pengurusan Pusat Tanggungjawab telah menganjurkan Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri. Pada 02 Disember 2003, majlis anjuran PRD Temerloh/Bera turut di hadiri YAB Menteri Besar Pahang. Sementara di Kuantan, Majlis Jamuan Hari Raya diadakan pada 05 Disember 2003 dihadiri anggota-anggota Pejabat RISDA Negeri, PRD Pahang Timur serta Anak-Anak Syarikat RISDA dan KPK.

 

KEJAYAAN KUMPULAN, PRD DAN ANGGOTA RISDA PAHANG

Pengurusan RISDA Negeri Pahang mengucapkan tahniah dan syabas kepada Kumpulan, Pejabat RISDA Daerah dan juga anggota-anggota RISDA Negeri Pahang yang telah berjaya mengungguli beberapa kategori kualiti di Peringkat RISDA Kebangsaan sempena Hari Kualiti RISDA 2003.Pengumuman pemenang dan penyampaian hadiah telah berlangsung pada 18 Disember 2003 bertempat di Auditorium Sultan Ahmad Shah, Ibu Pejabat RISDA, Kuala Lumpur.

PEMENANG
PUSAT TANGGUNGJAWAB
KATOGORI

KMK CAHAYA TIMUR (TEMPAT KETIGA)

PRD PAHANG TIMUR
PENGURUSAN
PRD MARAN
PRD MARAN
PENGURUSAN FAIL TERBAIK
PRD JERANTUT
PRD JERANTUT
SISTEM SURAT MENYURAT TERBAIK
MOHD ALI B. DERAMAN PRD RAUB
PEMBANGUNAN INSAN DAN TEKNOLOGI PENGGERAK GDW TERBAIK
SHAHUDIN B. RAHMAN PRD LIPIS PENGURUSAN TSB PEMBANGUNAN (SAWIT) TERBAIK
MOHAMED HANAFIAH B.MOHD ADLIN RSPSB SG. PUTAT, JERANTUT PENGURUSAN ME PENGHASILAN (SAWIT) TERBAIK
NORZIRAH BT. ALI PRN PAHANG KUMPULAN SOKONGAN LAIN CEMERLANG

 

MESYUARAT DAN JAMUAN PERPISAHAN


Pada Mesyuarat Eksekutif, 23 Disember 2003 , bertempat di Pejabat RISDA Daerah Jerantut, Ahli Mesyuarat berkesempatan bergambar beramai-ramai dengan Pengarah RISDA Negeri, En. Ramli bin Mohd Kassim. Pada malamnya pula, pihak pengurusan telah mengadakan majlis jamuan makan sempena meraikan pertukaran empat orang pegawai kanan iaitu:-

(1) En. Shamsul Kamal b. Aziz dari Pejabat RISDA Negeri ke Ibu Pejabat RISDA, K.Lumpur.
(2) En. Zulkifli b. Zaini Pengurus Anak Syarikat RSPSB (UKK) Muadzam Shah, ke Pejabat RISDA Daerah, Kluang, Johor.
(3) Tn. Hj. Yahya b. Mohamad dari PRD Lipis ke PRN Kelantan.
(4) En. Kamarulzaman b. Ngah dari PRD Lipis ke PRD Marang, Trengganu.


 

BERITA DARI JERANTUT

RIANG GEMBIRA HARI KELUARGA
RISDA JERANTUT TAHUN 2003

Pada 05.01.2004

PRD Jerantut telah menerima 2 orang PPRD baru iaitu En. Muhamad Imran Bin Shamsulaman yang ditempatkan di Unit Pengembangan dan Kesejahteraan Rakyat dan Cik Yusliza Bt Mohd Yusof di tempatkan di Unit Bekalan dan Perancangan.
Selamat menjalankan tugas baru kepada mereka berdua.

Pada 13 Jan – 16 Jan 2004

Lawatan pertama 2 kakitangan PPRD baru ke kampung-kampung di Mukim Hulu Tembeling bagi menghadiri Program Lawatan dan Latihan Kerja serta beramah mesra dengan penduduk kampung. Program ini diuruskan oleh PP Mukim Hulu Tembeling dan PP Pengembangan. Program ini secara tidak langsung memberikan pengalaman dan pengetahuan kepada PPRD baru khususnya serta mendekatkan diri dengan Pekebun Kecil mukim Hulu Tembeling.

Pada 01 Feb 2004

Beberapa orang kakitangan PRD Jerantut telah mengadakan Majlis Korban Hari Raya Haji pada Hari Raya Haji pertama. Kakitangan yang mengambil bahagian ialah Hj. Zainon (PRD Jerantut), En. Nordin (CC), En. Rokman (Ketua Stesen), En. Mohd Ithin (Pengurus RSPSB), Pn. Hasnah (PPW) dan Pn. Robiah(PPW). Majlis itu di adakan di rumah bapa mertua PRD iaitu Kg. Pisang, Jerantut. Daging korban 2 ekor lembu di agih-agihkan kepada fakir miskin dan penduduk kampung yang berhampiran.

Pada 03 Feb 2004

PRD Jerantut telah menganjurkan Majlis Korban Hari Raya Haji di Kg Pagi, Hulu Tembeling, Jerantut. Korban 2 ekor kerbau adalah di sumbangkan oleh Dato Azman Bin Wan Chik dari Bakaugruv kepada penduduk kampung. Namun begitu, beliau tidak dapat hadir pada majlis tersebut kerana uzur dan diwakili oleh anak beliau iaitu En. Mohd Azman Bin Dato Azman. PRD Jerantut adalah di wakili oleh 2 orang PPRD baru dan PP Mukim Hulu Tembeling dan PP Pengembangan. Pada hari itu juga di adakan Tahlil dan Doa Selamat untuk Dato Azman Bin Wan Chik.

KENAIKAN PANGKAT

Tahniah di ucapkan kepada En. Nordin Bin Endol dari PRD Jerantut yang di naikkan pangkat sebagai Ketua Kerani bahagian kewangan. Sebelum ini beliau telah menanggung kerja jawatan Ketua Kerani yang di kosongkan kerana Ketua Kerani terdahulu telah pencen. Kami warga PRD Jerantut mengucapkan syabas kepada beliau dan semoga beliau menjalankan tugasnya dengan baik.

 

BERITA DARI BENTONG

10/01/2004
HARI PENEROKA NEGARA


Perdana Menteri Malaysia telah datang Ke Daerah Bentong dan bersama-sama Masyarakat dan Pekebun Kecil dalam menjayakan
Program Hari Peneroka Negara di Mempaga 3.

13/01/2004
BANJIR DIBENTONG


Baru-baru ini banjir telah menimpa Daerah Bentong dan seramai 4 orang staff Bentong terlibat sama . Semua Staf bergotong royong membersih
dan membantu apa yang patut kepada staf yang terlibat banjir ini.

26/01/2004
TAKLIMAT CUEPAC

Satu Taklimat tentang insuran dan tabungan ahli Cuepac telah diberi penerangan oleh Unit Kebajikan Cuepac kepada Staff
RISDA Bentong.

 

12/02/2004
MESYUARAT AJK PWPK

PWPK Kg. Shafie, telah mengadakan mesyuarat AJKnya buat kali 1/04 di Balairaya GDW Kg. Shafie
banyak perkara yang dibincangkan oleh AJKnya untuk memajukan PWPKnya.

28/01/2004 – 30/01/2004
RMK PERINGKAT RISDA PAHANG

Bengkel Rangka Kerja Kecemerlangan RISDA Negeri Pahang telah diadakan di SELESA HILL HOMES, Bukit Tinggi, Bentong dan KOP Bentong telah di pertanggungjawabkan dalam menguruskan penyediaan tempat dan pengurusan.

03/02/04 ( SELASA )
MAJLIS KORBAN

Pengurusan RISDA Daerah Bentong telah mengadakan majlis Korban dan Jamuan Hari Raya Haji dimana 2 ekor lembu telah di
korbankan dipejabat RISDA Daerah Bentong.Kerjasama yang diberikan oleh semua anggota amat menggalakkan.

26/02/04 ( SELASA )
LAWATAN KE PAMERAN KRAF KEBANGSAAN 2004

Satu pameran Kraf peringkat Kebangsaan telah diadakan di Kompleks Kraf negara selama 5 hari mulai 26/2/04
Hingga 1 Mac 2004. Empat orang Pekebun Kecil dan 3 orang staf RISDA yang terlibat aktiviti ini telah melawat ke
Pameran tersebut. Majlis Perasmian pada 26/2/04 telah di rasmikan oleh DYMM Permaisuri Agong. Banyaklah ilmu dan
Inovasi baru yang kami temui.

 

BERITA DARI MARAN

PROGRAM KECEMERLANGAN PEPERIKSAAN UNTUK ANAK PEKEBUN KECIL DAERAH MARAN
(AHLI ISI RUMAH -AIR) DI SG.SEMUJI AGRO RESORT

 

PROGRAM HARI BERSAMA PELANGGAN KPLB DI PEJABATRISDA DAERAH MARAN

 

LAWATAN KE GERAI KRAFTANGAN PWPK DAERAH MARAN SEMPENA MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGUNG KOPERASI
PEKEBUN KECIL DAERAH KUANTAN/MARAN

 

RISDA MARAN SERTAI PERBARISAN HARI MERDEKA

 

RISDA MARAN MEWAKILI RISDA DI KONVENSYEN KMK PERINGKAT RISDA KEBANGSAAN

DIMELAKA.- MENANG SAGUHATI