UTAMAProfilProgramJabatan
      PENGURUSAN DANA | PENTADBIRAN | PEMBIAYAAN | FACTORING  
 
     
 

Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:

Pn. Norsheha bt
Md. Din

e-mel : prbsheha@risda.gov.my prbsheha@yahoo.com

Pn. Hjh. Noorma bt
Osman

e-mel : prbnorma@yahoo.com

En. Yusrizal bin Zakaria
e-mel : prbyusrizal@yahoo.com

Tel:
03-42563777
Ext: 101/107/109

Fax No:
03-42521182


 

 
 

 

 
   
 
     
 

FACTORING

 

KOMPUTER

 
     
 

KENDERAAN

 

PERUMAHAN

 
     
 
     
    PERIBADI  
     
  SKIM PEMBIAYAAN PERIBADI i (ISLAMIC)

1. PENGENALAN

1.1. Skim Pembiayaan Peribadi-i (ISLAMIC) telah diluluskan oleh Mesyuarat Lembaga Pengarah PRB Kali Ke 3/2006 pada 28 November 2006.

2. MELULUSKAN PERMOHONAN

2.1. Kuasa melulus pembiayaan peribadi-i (ISLAMIC) kepada staf RISDA adalah diberi kepada Pengurus Besar PRB dan Ketua-Ketua Bahagian yang di beri kuasa.

2.2  Hanya permohonan yang lengkap dan menepati syarat dipertimbangkan.

3. SYARAT-SYARAT PEMBIAYAAN

3.1. Staf yang berjawatan tetap dan telah disahkan jawatan.

3.2. Gaji bersih setelah potongan pembiayaan peribadi hendaklah melebihi 40% dar gaji kasar (termasuk elaun tetap).

3.3 Seorang penjamin yang telah disahkan jawatan di RISDA adalah diperlukan bagi menjamin pembiayaan pemohon. Penjamin hendaklah mempunyai baki perkhidmatan melebihi tempoh pembiayaan pemohon.

3.4  Tempoh pembiayaan tidak boleh melebihi tempoh baki perkhidmatan penerima biaya.

3.5. Setiap penerima biaya wajib mengambil perlindungan insuran. Amaun premium ini akan ditambah kepada jumlah pembiayaan yang dipohon. Perkiraan premium adalah mengikut jumlah pembiayaan, umur pemohon dan tempoh pembiayaan.

3.6. Pembiayaan kedua dibenarkan dengan syarat baki pembiayaan semasa dijelaskan (overlapping).

3.7. Bayaran balik pembiayaan peribadi hanya melalui potongan gaji dari majikan. Tempoh bayaran balik pembiayaan tidak boleh melebihi baki tempoh perkhidmatan penerima biaya dengan RISDA.

3.8. Penerima biaya dikehendaki menandatangani surat akujanji kebenaran membayar balik baki pembiayaan melalui gratuiti/ganjaran cuti rehat (GCR) semasa menerima tawaran.

4.  AMAUN PEMBIAYAAN DAN TEMPOH BAYARAN BALIK

4.1. Amaun pembiayaan peribadi adalah di antara RM5,000 hingga RM50,000 dengan tempoh bayaran balik 24 bulan hingga 180 bulan. Jadual bayaran balik tidak termasuk insuran adalah seperti lampiran.

5. KADAR KEUNTUNGAN

5.1. Kadar keuntungan yang ditetapkan ialah 5.5% setahun. Kadar ini tertakluk kepada perubahan dari masa ke semasa.

6. PENGELUARAN PEMBIAYAAN PERIBADI

6.1. Pembiayaan peribadi akan dikeluarkan oleh PRB setelah Surat Perjanjian disetemkan.

6.2. Potongan gaji akan dilaksanakan pada bulan berikutnya selepas bayaran dikeluarkan.

7. AM

7.1. Permodalan RISDA Berhad berhak membuat atau mengenakan apa- apa syarat tambahan atau memberi kelonggaran / pengecualian syarat- syarat tersebut tanpa sebarang sebab.

Muaturun borang permohonan pinjaman peribadi.pdf

Muaturun borang perjanjian pinjaman peribadi.pdf

Muaturun borang maklumat waris.pdf


( klik print di Internet Explorer untuk cetak borang berkenaan )

 
     
 
 
     
   

 

 

2013 Permodalan RISDA Berhad. All Rights Reserved.