Banci Pekebun Getah 1992

 Melalui Banci Pekebun Getah 1992, didapati seramai 85,009 orang meliputi seluas  254,352  hektar kawasan getah telah berdaftar dengan RISDA. Bilangan pekebun  kecil dan luas yang  dibanci adalah seperti ditunjukkan di JADUAL dibawah. Ada  perbezaan keluasan getah seluas  26,348 hektar untuk Statistik Jabatan Pertanian  dan Banci RISDA 1992. Keluasan berkurangan  sekarang adalah realistik dan logik  kerana banyak keluasan getah tua telah di tanam semula dengan  tanaman lain  seperti kelapa sawit dan begitu juga dimajukan dibawah industiri perumahan,  perkilangan dll.

KEDUDUKAN PEKEBUN GETAH YANG DIBANCI
Daerah
Permohonan Yang Di daftar
 
Bilangan
Peratus
Pontian
8,623
10.14
Muar
25,153
29.59
Segamat
14,126
16.62
Johor Bahru
6,045
7.11
Batu Pahat
17,174
20.20
Kota inggi
4,164
4.90
Kluang
8,165
9.60
Mersing
1,559
1.83
Jumlah
85,009
100.00
TABURAN LOT DAN KELUASAN MENGIKUT DAERAH
 NEGERI JOHOR
Daerah
Bil.Lot
Luas ( Hek. )
Peratus
Pontian
13,510
25,493.00
10%
Muar
48,827
73,119.50
29%
Segamat
18,902
43,599.50
17%
Johor Bahru
7,871
19,823.00
8%
Batu Pahat
28,199
50,812.50
20%
Kota Tinggi
3,155
7,596.50
3%
Kluang
10,547
29,708.00
12%
Mersing
2,021
4,173.00
2%
Jumlah
130,032
254,325.00
100%
                                          Sumber: Banci RISDA 1992

 Pendaftaran dan kajian RISDA menunjukkan pekebun getah di Johor menghadapi  berbagai masalah sosio- ekonomi yang ketara dan antaranya;

1. Purata saiz kebun yang kecil.

2. Kedudukan kebun getah yang bertaburan dan berselerak di seluruh
     negeri.

3. Amalan pertanian dan pengurusan kebun kurang baik.

4. Kekurangan infrastruktur asas.

5. Kekurangan tenaga pekerja disebabkan tenaga pekerja telah meningkat tua      manakala kalangan belia kurang berminat bekerja di kebun getah.

6. Pekebun tinggal jauh dari kebun.

| Menu Utama | |Ibu Pejabat Risda | RISDA Johor | Tanam Semula | Pembangunan |
| Model Bisnes | Kolej Risda |
Dibangunkan oleh:Unit Pengembangan Pejabat Pengarah RISDA Negeri Johor