1.    CARA MEMBUAT PERMOHONAN TANAM SEMULA

    1.1  Setiap permohonan tanam semula hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang TS11 (Pin.1/96).  Setiap pemohon hendaklah memberi perhatian kepada NOTIS MUSTAHAK pada muka hadapan borang permohonan sebelum mengisi borang.

    1.2  Borang permohonan boleh diperolehi daripada semua Pejabat RISDA Daerah/Jajahan bagi negeri-negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Negeri Sembilan, Perak dan Kedah dan daripada Pejabat RISDA Negeri Perlis, Selangor dan Melaka.

    1.3  Borang permohonan yang telah diisi dan disempurnakan hendaklah dihantar/diserah ke pejabat RISDA yang berkenaan di mana terletaknya lot tanah yang hendak ditanam semula.

    1.4  Sebaik sahaja borang permohonan TS11(Pin.1/96) diterima, pejabat RISDA yang berkenaan akan menghantar Akuan Terima Permohonan (T.S.14) kepada pemohon.

    1.5  Pemohon hendaklah mengambil perhatian Nombor Permohonan Sementara yang tertulis di atas kad T.S.14.  Nombor ini hendaklah sentiasa disebut apabila berurusan dengan RISDA.

    1.6  Pemohon mestilah mengambil perhatian ayat di atas kad T.S.14 yang berbunyi 'Sementara itu janganlah ditebang atau dimusnahkan sebarang pokok getah tuan/puan itu'.  Jika peringatan ini dilanggar atau diabaikan, RISDA tidak akan bertanggungjawab jika permohonan tersebut ditolak.

   2.    KELULUSAN ATAU PENOLAKAN PERMOHONAN

    2.1  Selepas permohonan diterima dan T.S.14 dikeluarkan, tanah yang dipohonkan tanam semula akan dilawati dan diperiksa oleh pegawai RISDA.  Pemeriksaan ini bertujuan, di antaranya, untuk memastikan lot sebenar dipohonkan dan sama ada terdapat pokok-pokok getah tua di atas tanah tersebut.

    2.2  Pejabat RISDA Negeri atau Daerah/Jajahan akan membuat keputusan sama ada melulus atau menolak sesuatu permohonan mengikut peraturan dan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh RISDA.

    2.3  Jika lulus, pemohon akan menerima 'Kelulusan Sementara' TS.27 (Komp.) dan 'Pemberitahu Tanah Siap Diusahakan' (TS28).

    2.4  TS27 (Komp) dan Lampirannya menerangkan kepada pemohon apakah kerja yang perlu dilakukan untuk menyediakan tanah bagi melayakkannya untuk menerima bantuan tanam semula.

    2.5  TS28 perlu digunakan oleh pemohon untuk memberitahu pejabat RISDA yang berkenaan bahawa tanah telah siap disediakan.

    2.6  Sebaliknya bagi permohonan yang ditolak, pemohon akan menerima kad TS16 'Pemberitahu Penolakan Pemohonan'.

    2.7  Sayugia diambil perhatian oleh setiap pemohon bahawa sekiranya mereka memusnahkan pokok getah mereka sebelum mereka menerima TS27/TS28, mereka melakukannya atas risiko sendiri.  RISDA tidak bertanggungjawab sekiranya permohonan mereka tidak diluluskan atau bantuan tanam semula tidak dibayar sepenuhnya

| Menu Utama | Ibu Pejabat Risda | RISDA Johor | Tanam Semula | Pembangunan |
| Model Bisnes | Kolej Risda |
Dibangunkan oleh:Unit Pengembangan Pejabat Pengarah RISDA Negeri Johor