PROGRAM TANAM SEMULA

Rancangan Tanam Semula masih merupakan teras kepada segala aktiviti pembangunan pekebun getah. Program tanam semula bertujuan untuk membantu pekebun-pekebun getah menanam semula pokok-pokok getah tua yang tidak ekonomik dengan klon-klon getah yang bermutu tinggi supaya dapat mempertingkatkan pengeluaran dan seterusnya pendapatan pekebun -pekebun getah.

Di bawah program ini, pekebun getah diberi bantuan berupa wang tunai dan matabenda seperti benih, baja, racun kimia, pagar dan khidmat nasihat. Jumlah bantuan yang diberi bergantung kepada jenis tanaman dan keluasan kebun yang ditanam semula. Kadar bantuan tanam semula dengan getah ialah RM 6,177.62 sehektar bagi keluasan ( 10 Ekar ) 4.0468 hektar atau kurang. Bagi kawasan yang melebihi ( 10 Ekar ) 4.0468 hektar, bantuan yang diberi ialah RM 4,700.78 sehektar. untuk bantuan tanam semula dengan jenis tanaman selain daripada getah kadarnya ialah RM 4,447.89 sehektar bagi keluasan ( 10 Ekar ) 4.0468 hektar atau kurang manakala kawasan berkeluasan lebih daripada ( 10 Ekar ) 4.0468 hektar, kadar bantuan yang diberi ialah RM 3,459.47 sehektar. *

* 1 HEKTAR = 2.47105


| Menu Utama | Ibu Pejabat Risda | RISDA Johor | Tanam Semula | Pembangunan |
| Model Bisnes | Kolej Risda |
Dibangunkan oleh:Unit Pengembangan Pejabat Pengarah RISDA Negeri Johor